Tangkapan pertama Bruno Manser

Inspektor Lores Matios pernah menangkap Bruno Manser di Long Napir, Limbang pada 1986. Pada 10 April 1986 , Inspektor Lores Matios sedang bercuti di kampungnya di Long Napir, Limbang dan terserempak dengan Bruno Manser dan terus memberkasnya untuk dibawa ke Balai Polis Limbang. Bruno Manser tidak digari kerana tidak ada gari bersamanya.

Di pertengahan jalan , kira-kira 90 minit perjalanan ke Limbang, Land Rover yang dinaiki kehabisan minyak petrol di jambatan Wong-Fujita.Ketika pemandu mengisi minyak, Bruno Manser telah melarikan diri. Inspektor Lores Matios menjerit kepada Bruno dan melepaskan dua das tembakan amaran tetapi sudah terlambat.